Selasa, 18 Ogos 2009

MAKIN BERTAMBAH TERUKKAH KENYANYOKAN AYAHANDA NIK AZIZ?

Sebelum ini, bila membaca kenyataan-kenyataan ayahanda Nik Aziz pasal apa sahaja yang ada hubungkaitnya dengan UMNO, BN dan Kerajaan, teman tak lah terkejut dan pening lalat bila mendengar responnya seperti responnya mengenai penjualan arak dan penghinaan terhadap Islam oleh DAP di Selangor. Tapi, hari ni.....bila membaca kenyataan beliau bahawa 'anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Pelestin'.....secara tak sengaja mulut teman terbicara......'dah makin nyanyokkah ayahanda Nik Aziz ni????........dahlah sebelum ni lidahnya seperti cicak bercabang-cabang, hari ni cakap lain, esok cakap lain...hari ni puji orang, esok maki orang.....dan macam-macam lagi contoh dan bukti yang nyata yang memperlihatkan sifat-sifat RAJA MUNAFIK...teman tak tau lah...apa nak jadi dengan ayahanda ni.......bimbang teman, takut-takut, ayahandalah dulu tak tercium bau syurga kerana kononnya menjadi ulamak tetapi menggunakan lidahnya untuk mencaci orang, menghina sesama Islam, memuji kafir yang menjadi musuh Islam dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan umat Islam......takut-takut juga, dek kerana itu....beliau pula jadi ulama yang menjadi kepala memasuki neraka jahanam......nauzubillah......barang dijauhkan Allah jua.

Mengikuti rentetan lidah bercabang pemimpin-pemimpin Pas seperti ayahanda Nik Aziz ni, teman simpulkan, PERANGAI PAS PELIK TAPI BENAR seperti berikut;

* BILA ADUN BN lompat parti ke PR, HALAL. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, HARAM (di Perak).

* Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

* Bila menang pilihanraya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

* Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habisan-habisan. Bila ADUN PR yang buat, disuruh berehat sahaja dan kata itu hak peribadi beliau ( Elizabeth Wong).

* Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

* Sebelum berkuasa, beriya-iya nak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib dan ikut aje apa kata DAP.

* Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci maki, kafirkan habisan-habisan. Bila DAP kata 'langkah mayat saja dahulu', Pas kata, 'baiklah, kami dengar dan taat'.

* Bila orang luar hina Nabi, berarak satu KL. BIla Raja Petra Kamarudin hina nabi, senyak membisu seribu bahasa ( mungkin orang Pas lebih sayangkan Raja Petra dari Nabi).

* Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila. Bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

* Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

* Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payahlah undur pulak.

* Bila PR buat demontrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demontrasi, gesa polis ambil tindakan.

* Bila menang pilihanraya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

* Bila Kelantan mundur, salahkan kerajaan pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar keluar negara cari pelaburan tak langsung..tapi, berbilion pelaburan yang dijanjikan Anwar masa pilihanraya kecil Permatang Pauh, hingga kini batang hidungpun takl nampak....

* Bila bersendirian, bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP, ber take beer! (Di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam dan Nik Aziz kelu lidahnya untuk berkata......).

* Bila mulakan ceramah, baca Bismillah puji Nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeda politik dan pandangan di maki hamun.

* Bila orang UMNO baca Al-Quran dituduh hipokrit. Bila orang DAP baca Al_Quran ( Di Perak), dipuji melangit.

* Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai, kata 'pergi jahanam!'...bila DAP yang anti Islam ajak bersatu, kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

* Bila Beng Hock mati, tuduh kerajaan Zalim, ikut pegang lilin memuja roh si mati. Bila kerajaan tubuh inkues pula, kata kerajaan ada konspirasi.

* Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

* Kalau Anwar tak berani bersumpah, itupun satu kebenaran tapi bayangkanlah kalau Saiful yang tak berani bersumpah.........confirm dimaki hamun habis-habisan.

Bila UMNO tak laksana Hudud disebabkan faktor kesesuaian, Pas maki beramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata Hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.



ITULAH DIA PERANGAI PAS YANG PELIK TAPI BENAR. ITU BARU SEDIKIT....KALAU DISENARAIKAN LAGI SATU PERSATU, SEHARI SEMALAM TAK HABIS-HABIS TEMAN MENULIS. TAPI, PADA TEMAN LA, KESIMPULANNYA, BUKAN PAS YANG PELIK, TAPI PEMIMPIN-PEMIMPINNYA YANG BUKANNYA PELIK, TETAPI LIDAH BERCAKAP.....UTAMAKAN DUNIA DAN POLITIK DARIPADA AKHIRAT DAN PERSAUDARAAN SESAMA UMAT ISLAM.........MOGA ALLAH MENYEDARKAN SEGERA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS. TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR.....TERLAJAK KATA........MUSNAH AGAMA, MUSNAH MELAYU, MUSNAH NEGARA......NAUZUBILLAH.

Jumaat, 14 Ogos 2009

SANDIWARA DATUK DR. HASAN ALI

Pagi ni, bila teman buka Malaysia kini. com dan membelek akhbar harian, secara spontan teman tergelak kecil. Bukannya apa....teman ter.....ketawa bila mengikuti perkembangan pertentangan antara Ronnei Liu (DAP) dengan Datuk Dr. Hasan Ali (PAS) mengenai penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penghuni Islam dan tindakan Ronnie Liu mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya memulangkan arak yang telah di rampas dalam operasi mereka.

Minggu lepas, Hasan Ali beriya-iya membuat sidang akhbar mengecam tindakan Ronnie Liu dan mendesak supaya belau ditukarkan jawatan yang dipegangnya sekarang. Jawapan balas daripada DAP Selangor ialah mendesak pimpinan Pakatan di Selangor supaya menubuhkan sebuah Jawatankuasa supaya Hasan Ali dihadapkan diambil tindakan disiplin kerana keceluparannya mendesak Ronnie Liu ditukarkan jawatan exconya. DAP dan Ronnie Liu tegas dan berkeras dengan prinsip dan pendirian mereka. Tapi, minggu lepas juga, seperti tersiar dikebanyakan media, Hasan Ali berkata bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar pada isnin depan ( 10 Ogos lalu) bagi menyatakan pendiriannya dan menjawab segala perkara yang berkaitan dengan isu berkenaan.

Nampaknya, Hasan Ali tidak mengotakan apa yang di kata. Tiada sidang akhbar pada isnin seperti disebut. Cuma, pada rabu lalu, baru sidang akhbar dibuat oleh beliau. Kalau rakyat mendengar apa yang beliau nyatakan dalam sidang akhbar itu seperti yang disiarkan di berita perdana tv tempatan, Hasan Ali kelihatan tegas dengan pendiriannya menentang isu berkenaan demi menegakkan Islam dan sanggup dilucutkan jawatan exco demi mempertahankannya. Aduhh........gah betoi nampaknya Hasan Ali. Temanpun terpegun juga........tapi, dalam hati teman berbisik juga....hai, betoi ke cakap Hasan Ali ni.....ataupun cuma sandiwara sahaja...sebab nak tunjukkan pada rakyat Selangor yang beliau yang kononnya pejuang Islam tidak mendiamkan diri apabila Ugama Islam dipersenda dan diperlekeh oleh bukan Islam.

Pagi ni, bila teman buka malaysiakini dan membelek akbar, telahan teman tu rupanya benar.......sebab tu bila membaca berita pagi ni yang bertajuk , isu arak selesai, dua exco akur pada ketua,.......teman ketawa sinis.....BENARLAH HASAN ALI BERSANDIWARA......tapi bila teman menatap gambar Hasan Ali bersalaman dengan Ronnie Liu....nampak seolah-olah Hasan Ali yang lebih-lebih.......sebab, sambil bersalam, Hasan Ali pegang pula bahu Ronnei Liu....tapi, Ronnie Liu tak pula berbuat begitu.......HASAN ALI JUGA YANG LEBIH-LEBIH......sandiwara la namanya tu........sebab, Hasan Ali yang mengalah, sedangkan dalam akhbar hari ni juga tersiar berita bertajuk......."DESAKAN DAP TERHADAP HASSAN MASIH KEKAL"........iaitu desakan supaya beliau diambil tindakan disiplin masih belum ditarik balik oleh DAP Selangor.....

HEBATNYA SANDIWARA DATUK DR.HASSAN ALI............

Rabu, 12 Ogos 2009

DULU LAIN SEKARANG LAIN

KALAU DIAMATI PERUBAHAN DI SEKELILING KITA, NESCAYA KITA AKAN TERKEJUT DENGAN APA YANG BERLAKU SEKARANG;

Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu. Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas.
Dulu 'jahat-jahat'anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi.
Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena titik.
Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah. Dulu budaya timur jadi panduan, sekarang budaya barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.
Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.
Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir. Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat.
Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri bawah pakatan. Dulu fitnah tersebar dengan surat layang, sekarang ada blog, internet, sms dan video pun tak kurang.
Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah. Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyui-sembunyi, sekarang bangga lagi, disanjung dan dipuji, apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.
Dulu mak bapa dah tua dijaga, sekarang mak bapak dihantar ke rumah orang tua.
Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang dah ramai yang balik lupa diri.
Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah.
Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarangpun masih tebal P.H.D.
Dulu Acheh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi.
Dulu doktor gaji rendah, sekarang gaji doktor masih lagi rendah. Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh.
Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji. Dulu pelajar rajin ulangkaji, sekarang tercongok depan tv. Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari berjenis susah sekali. Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan.
Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan.
Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih lagi ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi 'engkau laksana bulan'.
Tiga puluh tahun dulu gaji akauntan dua ribu, sekarangpun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr Ismail harga RM 60,000, sekarang harga dekat RM 500,000.
Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwam, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asean Tiger. Dulu paras gaji kita sama dengan mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.
Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputra, sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.
Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dollar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dollar Amerika.
Dulu orang Malaysia membeli belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.
Dulu rasuah adalah juga, sekarang ni sudah berleluasa. Sudah 52 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, pasar Chow Kit tak bertukar.
Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari.
Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak impot padi. Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi. Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah. Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.
Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.
Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi. Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.
Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada. Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya. Sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada. Dulu tak ada duit, ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.
Dulu ekspot jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan. Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.
Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.
Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC. Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.
Dulu jalan mana-manapun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'halal'pun orang buat. Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal di belakang, meletupkan diri untuk berjuang.
Dulu kita disuruh "bekerja dengan saya", sekarang konsep 1MALAYSIA. Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada?

Petikan nukilan Dato' Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Malaysia di Mingguan Malaysia pada ahad 9 Ogos 2009.

Isnin, 10 Ogos 2009

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN DALAM ISLAM

Buat sahabat-sahabat dan saudara-saudara teman sesama Islam. Di bawah ini teman catitkan 99 langkah menuju kesempurnaan iman untuk renungan kita bersama;

01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakkal apabila mempunyai rencana atau rancangan;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kegagalan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan irihati atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu mengkehendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa yang kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (Masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusuk;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di Masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab
tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis dan syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri atau bersuami kalau sudah siap segalanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan menafaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bersalawat kepada Nabi Muhammad S.A.W;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan
sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermunafaat seperti bercakap yang
tidak berguna;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun dipenghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah Haji dan Umrah apabila telah mampu;
64. Maafkan orang lain yang telah berbuat salah kepada kita;
65. Jangan demdam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapat kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua daripada kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih
berjaya daripada kita;
78. Ambillah pelajaran dan pengalaman dari orang yang arif lagi bijaksana;
79. Sediakan waktu utnuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermunafaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargailah pemberian dan kejayaan orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma2 agama dan kemampuan
diri;
89. Jangan membuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif lagi bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk
melupakan jasa kita;
92. Jangan membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata
sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang menyangkut teman kita sebelum
dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan
keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari
kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan
akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.



KITA SAMA-SAMALAH HAYATI, RENUNGI DAN PRAKTIKKAN......MOGA KITA SENTIASA DALAM PEMELIHARAAN ALLAH JUA.

Jumaat, 7 Ogos 2009

TIDAK TERPADAM FAKTA SEJARAH.....

Kelmarin, 6hb. Ogos 2009, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, semasa bertitah di Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussain Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur telah menyentuh tentang 7 WASIAT RAJA MELAYU yang ditandatangani Raja-raja Melayu ketika pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 di King`s House (kini dikenali sebagai Crcosa Seri negara) pada 5 Ogos 1957. Raja Nazrin bertitah, saya percaya adalah atas rasa kebimbangannya yang amat sangat dengan kegawatan politik semasa dimana bukan Melayu, khususnya pembangkang sudah sampai ke tahap yang membimbangkan kerna mencabar perkara-perkara yang telkah dipersetujui bersama oleh semua kaum semasa mencapai kemerdekaan. Apatah lagi, keceluparan mulut ektremis Cina pembangkang ini pula didokong oleh pemimpin Melayu pembangkang yang sudah sampai ke tahap amat kemaruk untuk berkuasa.......waima dengan apa carapun.....walaupun terpaksa menghancurkan pemerintahan yang didokong oleh Melayu...hatta menghancurkan Melayu selama-lamanya........cita-cita untuk berkuasa harus diteruskan........

Atas sebab itu, saya percaya, Raja Muda Perak terpaksa mencemar duli menyampaikan titah sedemikian rupa. Saya catitkan semula di sini 7 wasiat Raja-Raja Melayu untuk di kaji, di teliti, dihurai dan digunakan oleh orang Melayu yang taat setia kepada bangsanya........seperti yang disiarkan dalam akhbar hari ini 7hb. Ogos 2009 seperti berikut;

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera."
TUJUH PERKARA ITU ADALAH:

Pertama

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

Kedua

Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga

Bagi melindungi kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima

Kami istiharkan ISLAM adalah agama Persekutuan

Keenam

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU

Ketujuh

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja--Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Rabu, 5 Ogos 2009

MELAYU JANGAN JADI BACUL - oleh NOOR AZAM, Utusan Malaysia, selasa, 4 ogos 2009

Kelmarin, 4hb. Ogos 2009, apabila teman membelek muka surat 11 di akhbar Utusan Malaysia, teman terbaca rencana yang di tulis oleh Saudara NOOR AZAM mengenai orang Melayu. Rencana itu cukup berterus terang dan amat malang sekali jika orang Melayu tidak membacanya dan tidak mengambil iktibar terhadap apa yang tersurat dan tersirat yang diluahkan menerusi tulisan berkenaan. Teman catitkan semula melalui blog ini untuk kita kongsi bersama........

MELAYU JANGAN JADI BACUL

APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.
Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia;
1. "Ketuanan Melayu Tercabar"- 13 April 2008.

2. "Henti Guris Melayu- Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak"- 6 November 2008.

3. "Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan"- reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30 November 2008.

4. "Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan"- 15 April 2009.

5. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam"- 20 April 2009

6. "Jangan melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM"- 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.
Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.
Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.
Kata Awang Selamat, " Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12. Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangun-bangun juga. Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja. GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemangat pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.
Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.
Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivitis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.
Melayu ini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yangsangat berani, tegas dan berterus terang. Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap. Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak.
Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan "kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kitapun jadi lupa.
Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agong UMNO beberapa tahun lalu: Örang Melayu Mudah Lupa". Penglibatan istana ini menunjukkan kemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukan hanya retorik kata-kata. Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr. Mahathir pun tidak boleh tahan lagi. Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan "Kaki Dalam Kasut". Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran rasis. Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meskipun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.
Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salahsatu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka ditangan UMNO.
Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)?. Malah mereka turut mendapa sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri. Kumpulan ini berdemontrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.
Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi. Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.
Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar "Pakatan ganti BN"dengan berita megah: "Himpunan perdana 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN. Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lama saya, Anwar Ibrahim. Memang patut benar dimegahkan kerana Anwar yakin tidak lama lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri. Musuh lamanya dalam politik lama, sudah dipeluk erat dan mesra.
Bagi Nik Abdul Aziz, musuh yang berkekalan sehingga kiamat adalah ÜMNO yang kafir". DAP dan Kit Siang tidak kafir! Pas sanggup memeluk Kit Siang. Juga kerana hendak mendapat kuasa memerintah. Demokrasi dan Islam hanya alat kempen sahaja. Siapakah yang munafik?
Menjadio parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihanraya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kita sudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai. Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Dan apabila mereka berkuasa dan meminda Perlembagaaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakan pilihanraya, pastilah mereka akan memerintah negara kita. Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang akan bertukar tangan.
Berdasarkan jumlah calon bukan Melayu yang akan menang pada PRU13 nanti, sudah dapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang. Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah. Siapakah akan jadi pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera. Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi.
Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan "kemarahan dan kebencian"rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu.
Oleh itu, apapun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi "kemarahan dan kebencian"yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.
Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan örang yang bacul, akan mati sebelum mati".
Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga orang Melayu mengundi beliau pada Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Abdul Hadi pula berikrar äkan terus mengukuhkan pakatan pembangkang".
Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati! Dan saya ingin bertanya Anwar Ibrahim: "Dimanakah nanti duduknya kuasa politik Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang?".
Dalam artikel "Kaki dalam Kasut", Dr. Mahathir mengingatkan: Äpabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan Tanah Melayu digugur dan cantuman negeri-negeri ini dinamakan Malaysia. "Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam negara sendiri dan orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar".
Apa tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demontrasi atau laporan polis lagi?

ULASAN

TEMAN CUKUP SEDIH DENGAN SITUASI MELAYU SEKARANG. ORANG MELAYU ISLAM YANG MENGANGGOTAI PEMBANGKANG MELIHAT ORANG ISLAM YANG MENGANGGOTAI UMNO SEBAGAI MUSUH DAN PERLU DIPERANGI. SEDANGKAN ORANG BUKAN ISLAM, KHUSUSNYA DAP YANG TERANG-TERANG MEMERANGI DAN MENGHANCURKAN ISLAM DIANGGAP SEBAGAI SAHABAT. APATAH NAK JADI DENGAN BANGSA MELAYU NI. KEPADA ORANG MELAYU......BACA DAN HAYATILAH ARTIKAL SDR NOOR AZAM INI DAN BUATLAH SESUATU SUPAYA MELAYU YANG SUDAH TERLAJAK INI TERSEDAR DARI MIMPINYA. JANGANNANTI, BILA NASI TELAH JADI BUBUR, NAMA MELAYU HANYA TINGGAL DI MUZIUM SEBAGAI KENANGAN, BARULAH NAK TERSEDAR.........IANYA SUDAH TERLAMBAT..........MATI HIDUP BALIK DAN KELUAR AIR MATA DARAH SEKALIPUN, KUASA DAN HAK-HAK MELAYU SEPERTI YANG DIJAMIN DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA TIDAK AKAN KEMBALI LAGI........NAUZUBILLAH.

.

Rabu, 18 Februari 2009

ELIZABETH WONG DAN NIZAR JAMALUDIN

Dalam tempoh masa yang terdekat ini, kita dikejutkan oleh dua peristiwa yang begitu memeranjatkan semua pihak, samada penyokong kerajaan atau pembangkang dan diikuti dengan minat yang tinggi oleh semua masyarakat antarabangsa menerusi kecanggihan siber dan teknologi terkini. Nizar.......mantan Menteri besar perak yang dah tak ada kuasa, tak ada gaji, semua kemudahan ditarikh balik berikutan titah SPB Sultan Perak, tetapi mengakui dirinya masih Menteri besar yang sah. Agaknya, dia fikir diri dia sendiri boleh melantik atau melucutkan jawatan dirinya sendiri. Ramai teman bertemu rakan-rakan samada menyokong kerajaan atau sebaliknya membuat kesimpulan tak enak terhadap mantan MB teman ni yang Nizar ni dah sasau atau bingung atau gila talak atau apa-apa lagi yang negatif sifatnya. Dah lah awak tu dilantik dahulunya dilantik oleh Raja dan sekarang dilucutkan oleh Raja juga......dah tu pulak dengan megah, bongkak, angkuh dan sombongnya memanggil media untuk memaklumkan bahawa......`patik memohon untuk derhaka!`...........alahai.........cerdik ke tak cerdik Nizar ni.dan akhirnya DIKETAWAKAN oleh semua orang yang membicarakan tentangnya. Dah tu.........lihatlah juga minggu lepas, dengan bongkak dan sombongnya hadir di Mahkamah Tinggi untuk menyaman Meteri Besar baru dan barisan Exconya........tapi malangnya, tak kelihatan pemimpin-pemimpin tertinggi parti PAS mengiringi dan menyokongnya. yang ada hanyalah pemimpin-pemimpin DAP dan sebahagian kecil penyokong-penyokong PKR yang tak siapapun kenal. Malang sungguh Nizar.............peristiwa ini meperlihatkan bahawa Nizar keseorangan...teman tidurnya ialah pemimpin-pemimpin DAP yang mempergunakannya untuk mengganggu gugat ketenteraman dan kesejahteraan yang mulai terasa di negeri Perak.

Allah Maha Berkuasa..............seangkuh manapun Nizar yang dibelakangnya pemimpin DAP..akhirnya Allah tetapkan ianya tersungkur seperti nangka busuk yang jatuh ke tanah........bedebukkk...........sakitnya rasa. Namun saya percaya.............Nizar akhirnya akan dilupakan dan Allah akan membantu untuk memastikan pihak Mahkamah membuat keputusan yang betul. Pihak media akan tidak berminat lagi dengan Nizar dan akhirnya Nizar akan hilang atau sesekali kelibatnya keluar di media.


Setelah reda sedikit pasal Nizar dan mediapundah mula berkurangan menyiarkan berita mengenainya...........negara dikejutkan pula oleh berita gambar bogel Elizabeth Wong, exco pembangkang negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan telah tersebar di internet dan menerusi sms. Semua orang terlopong.........dan bila tersedar dari terlopong, terus bertindak agresif untuk berebut-rebut mendapatkan gambar bogel Elizabeth Wong. Beliau sekarang mengatasi pupulariti artis terkenal tanah air kerana semua orang berebut-rebut mencarinya............err.......maksud saya mencari gambar bogel Elizabeth Wong. Soalan mengenai bagaimana gambar itu bocor kepada media dan tersebar di internet dan sms tidak lagi penting untuk diketahui..........biar pihak polis yang mencari puncanya. Tapi malangnya......setelah berita itu tersiar, diinternet gambar itu telah diblok dan tidak dapat lagi diperolehi. Tapi teman percaya tentu ramai yang telah berjaya sebelum ini mendapatkannya dan sekarang menjadi koleksi peribadi masing-masing.

Insiden ini menyedarkan kita bahawa kalau nak menjadi orang politik, segala-galanya mengenai diri sendiri mestilah positif termasuk mengenai moral dan integriti. Ini kerana, soal moral bukan hanya penting bagi rakyat yang beragama Islam sahaja, malahan moral yang tidak baik tetap tidak elok bagi agama-agama lain. Pemimpin.......apatah lagi kalau menjadi ahli Parlimen atau ADUN adalah pemimpin yang akan menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat. Justeru itu, tentu kita tidak mau moral buruk seperti ini dianggap perkara biasa kepada masyrakat dan akhirnya menjadi ikutan dan tauladan kepada remaja dan masyrakat. Rakyat Malaysia juga harus mengambil iktibar mengenai isu ini untuk menilai sebaik-baiknya bahawa pemimpin yang bagaimana yang kita perlukan untuk menganggotai pemerintahan negara samada di pusat ataupun peringkat negeri.

Bagi teman..........apabila melihat sidang akhbar Elizabeth Wong yang menyatakan bahawa beliau tidak malu dengan apa yang beliau akui lakukan............teman agak bersetuju juga dengan Elizabeth! Berbogel tu dah membuat lebih daripada itu adalah sudah jadi PERKARA BIASA pada dia agaknya...............so.......alah bisa tegal biasa......apalah nak dimalukan! Macam orang minum arak, kalau tak biasa..........agak malu dilihat orang. Tapi, kalau dah lali, dah biasa, dah jadi tabiat..........tak kan ada lagi rasa malu di hati. Begitulah agaknya Elizabeth............yang mengakui depan media bahawa beliau tak malu dengan gambar bogelnya. Tapi.......yang teman rasa MALU BESO........ialah terhadap sikap beberapa orang AP/ADUN pembangkang berbangsa Melayu, bertudung dan beragama Islam yang kelihatan tindakbalas dan responnya bila ditanya media seolah-olah memberi restu terhadap perilaku Elizabeth Wong. Pemimpin pembangkang yang bukan Islam yang hadir sama di situ tidak pula begitu. Meluat beno teman tengok pemimpin Melayu, bertudung, beragama Islam ni yang menitiskan air mata dan berpeluk-peluk dengan Elizabeth Wong...........................entahla..........apa nak jadi dengan pemimpin bangsa Melayu, wnita berudung dan beragama Islam ni..........................

Khamis, 5 Februari 2009

TERSUNGKURNYA KERAJAAN PERAK

Sebelas bulan Pakatan rakyat memerintah negeri teman, Perak......Nizar amat sombong dan bongkak. Semasa mula memegang jawatan Menteri Besar Perak pada mac 2008, penampilannya amat sederhana....sesuai dengan parti yang diwakilinya, PAS. Beliau kelihatan amat sederhana, bersongkok, simple dan kelihatan seperti orang yang warak. Namun, sedikit demi sedikit, kesombongannya, kebongkakannya, ketakburannya makin menyerlah dan beliau seolah-olah semakin lupa bahawa kuasa yang diberi adalah daripada Allah dan sifatnya sementara sahaja.

Nah.........akhirnya, inilah suratan takdir Allah. Allah tak beri lama berkuasa, kerna makin lama Nizar yang menjadi boneka DAP memerintah, makin banyak kemusnahan yang akan dibuatnya dan semakin banyak kesombongan, kebongkakan dan keangkuhan akan menyerlah. Allah masih sayang kepada Nizar. Sebab itu diambilbalik kuasa sementara itu dan memberi peluang kepada beliau untuk muhasabah diri.

Moga negeri teman akan kembali kepada keadaan yang asal di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Isnin, 12 Januari 2009

TANAH....PERAK........TANAH OH TANAH...........

Teman anak Perak........alahai sedihnye teman bila melihat bermaharajalelanya Pak Menteri Beso teman di Perak untuk memberikan hak milik kekal atau sembilan ratus sembilan puluh tahun (999) kepada penduduk kampung baru.......yang majoritinya kaum China. Ape malangnya kita punya Menteri Beso Melayu, tapi tunduk macam tikus kepada DAP yang menentu arah apa saja keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Perak. Menteri Beso teman ni.....nama aje lulusan luar negara, tapi kelihatan bingong, b-d-hhh...............pada pandangan teman kerana menjadi boneka kepada DAP dan sanggup menjadi seperti kerbau dicucuk hidup demi kerusi empok Menteri Beso Perak.

Kepada oghang Melayu yang menjadi anak Perak.........sama-sama kita amati dan lihat seruan YB Dato`Ibrahim Ali kelmarin yang menyeru supaya orang Melayu Perak yang mempunyai tanah atas pajakan 99 tahun memohon kepada Kerajaan Negeri supaya tanah mereka diubah kepada pajakan 999 tahun atau milik kekal. Kalau tanah penduduk kampung baru yang menjadi penempatan tersusun bagi mengelakkan penduduk-penduduk ini membantu pihak komunis pada zaman dharurat dahulu boleh diberi hak milik kekal/pajakan 999 tahun, kenapa orang-orang Melayu yang tatat setia kepada negara, berjuang untuk melepaskan tanah milik kita ini daripada ancaman komunis dan penjajah.......tidak diberikan keistimewaan milikan tanah seperti penduduk kampung baru? Yang nyatanya.inilah bukti kuat yang memperlihatkan betapa bonekanya Menteri Besar kita yang sanggup menggadaikan maruah diri dengan memberikan hak kepada orang lain yang bukan sebangsanya dan dalam waktu yang sama tidak melihat kepentingan penduduk asal negeri berkenaan.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail hari ini berkata bahawa Melayu Perak perlu sepakat dalam hal ini supaya tanah di negeri ini tidak terlepas ke tangan kaum lain. Katanya...........tanah pajakan selama 99 tahun boleh diambil oleh Kerajaan Negeri apabila tamat tempoh kelak, maka masa itu orang Melayu sudah tidak ada tanah lagi sedangkan penduduk kampung baru masih ada tanah sebab mempunyai hak milik kekal. Maka..........kalau ini terjadi, maka jadilah orang Melayu seperti penduduk Tebing Gaza di bumi Palestin sekarang........TANAH DAN HAK MILIK DIRAMPAS DAN DIMILIKI OLEH LAKNAT YAHUDI! Bayangkanlah apa kakan jadi kepada anak cucu cicit kita nanti? Israel menyerang bumi Palestin SEMATA-MATA KERANA TANAH dan menghapuskan etnik dan orang Islam. Apabila tiada tanah, maka merempatlah kita. Justeru itu.......khususnya orang Melayu di Perak........sedarlah kita! Tiada cara lain untuk kita menghalang Menteri Beso Boneka kita terus menerus bermaharaja lela melainkan kita orang Melayu bersatu, membetulkan sokongan kita dengan meningkatkan sokongan kepada parti pemerintah dan mencari jalan bagaimana untuk bersatu secara serentak mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri supaya tanah kita yang milikan 60 tahun, 99 tahun dan milik simpanan Melayu di ubah menjadi milikan 999 tahun atau milik kekal.

Sahabat-sahabat teman anak negeri Perak........sama-samalah kita berfikir dan memberikan cadangan........apakah caranya untuk kita sepakat? Siapakah yang boleh kita sarankan untuk mengetuai dan menggerakkan kesepakatan ini? Apabila telah ada cara untuk sepakat, ada yang mengetuai kesepakatan ini........bagaimana pula jalannya atau caranya untuk kita menggerakkan secara bersepadu satu GERAKAN BESAR MEMOHON DIUBAH TANAH PAJAKAN 60/99 TAHUN KEPADA MILIK KEKAL ATAU 999 TAHUN?

Sumbangan idea dan cadangan amat bererti demi survival dan harga diri kita semua anak-anak Perak!

Khamis, 8 Januari 2009

NEKMATNYA JADI ANAK MALAYSIA..........

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, elok juga negeri sendiri! Begitulah perumpamaan Melayu yang membawa maksud bahawa apapun nekmat yang kita perolehi di negara lain, negara sendiri jugalah yang baik untuk kita meneruskan kehidupan walaupun serba kekurangan dan kelemahan. Tetapi...........sedar atau tidak kita bahawa kalau kita lihat dengan sesungguhnya negara kita Malaysia yang tercinta ini, bolehlah kita ibaratkan bahawa hujan batu itu bukan di negara kita, tetapi di negara orang dan hujan emas itu adalah di negara kita sendiri.......Malaysia.

Lihat sajalah keadaan yang benar dan nyata di depan mata kita. Rakyat negara luar berlumba-lumba datang ke Malaysia, samada secara halal atau haram untuk bekerja dan mencari rezeki bagi memberi makan kepada anak isteri yang ditinggalkan di negara sendiri. Lihatlah.......berapa ramai rakyat Indonesia, India, Filifina, Mynmar, Pakistan dan pelbagai negara lagi yang datang secara halal seramai 2 juta orang untuk bekerja di Malaysia. Jumlah ini tidak termasuk yang datang secara gelap ke malaysia........sanggup mengharung lautan, hutan, belukar, tidak mengira nyawa yang terancam dengan hasrat semata=mata untuk mencari sesuap nasi di negara kita. Dalam keadaan seperti ini....adakah ada rakyat Malaysia yang berduyun-duyun pula secara halal dan haram memasuki negara lain kerna mencari sesuap nasi untuk hidup KECUALI kerna mendapatkan pendapatan dan peluang yang lebih baik daripada yang sedia ada baik!

NEKMATNYA JADI ANAK MALAYSIA..................selepas 51 tahun merdeka...rakyat Malaysia boleh dikategorikan sebagai RAKYAT MEWAH. Kerna apa? Lihatlah betapa mewahnya kita. Kalau ada rakyat kita yang miskin, ianya mungkin kerna hilang upaya untuk mencari rezeki, hilang tempat pergantungan seperti balu-balu yang ditinggalkan atau kematian suami, kerana penyakit dan sebagainya, tetapi bukan kerna tidak adanya peluang pendapatan disekeling mereka. Kalau ada juga yang miskin papa kedana sedangkan waktu yang sama ianya sihat, itu bukan kerna tidak ada peluang, tetapi lebih kepada sikap malas yang membelenggu diri. Kalaulah sihat dan rajin, terlalu banyak peluang pendapatan yang ada termasuk di kampung dan desa. Lihatlah.......berapa banyak tanah kosong yang tidak diusahakan, lihatlah berapa banyak kebun getah dan kelapa sawit yang tidak dikerjakan dan terpaksa diimpot pekerja dari Thailand, Indonesia dan Bangladesh bagi mengerjakannya. Ini semua membuktikan betapa mewahnya negara.........jika rajin dan berusaha.

Kegawatan ekonomi sedang mula melanda dunia. Barrack Hussein Obama, bakal Presiden Amerika mulai akhir Januari 2009 ini membuat kenyataan bahawa kedudukan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun ini adalah amat teruk. US 1 Trilion diperlukan untuk merangsangkan ekonomi USA termasuk mengurangkan cukai kepada lebih US300,000 billion. Nah............lihatlah kesannya kepada ekonomi dunia. Taiwan dijangka akan mengurangkan pekerja melebihi 300 ribu orang. USA sendiri dijangka akan membuang pekerja melebihi 500 ribu orang. Dan sedikit masa lagi, negara=negara lain di dunia juga akan terpaksa membuang pekerja bagi menghadapi sengsara akibat serangan kemelesetan ekonomi. Nah.............fikir, lihat dan bandingkan dengan keadaan dunia luar dengan keadaan di Malaysia akibat kemelesetan ekonomi ini! Belum ada cerita yang sahih berlaku pembuangan pekerja walaupun kita telah memasuki tahun 2009. Tidak ada berita mengatakan Bank-Bank akan membuang atau mengurangkan pekerja. Tidak ada langsung juga berita yang Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengurangkan atau membuangkan pekerja. Lihatlah........betapa hebatnya kepimpinan kita yang beringat sebelum papa. Menyimpan semasa kaya. menggunakan simpanan semasa miskin. Dan ini selaras dengan cerita yang di sebut dalam Al-Quran mengenai tujuh tahun zaman mewah dan tujuh tahun zaman miskin. Bijak dan hebatnya kepimpinan kita kerna menyimpan hasil kekayaan negara selepas zaman meleset tahun 1997 dan menggunakannya bagi menghadapi keadaan kemelesetan kali ini.

Bagi kita yang sedar, insaf, berakal...............maka bersyukurlah kita. Khususnya bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Pengisian jawatan baru terus dijalankan walaupun keadaan kemelesetan berlaku. Warga Perkhidmatan Awam perlulah muhasabah diri........melihat kepada diri sendiri bahawa dalam situasi gawat sekarang ini, bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Negara luar membuang pekerja, negara kita sentiasa memberikan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Lihatlah hebatnya negara kita..............justeru itu, sayangi kerja kita, tingkatkan komitmen, tingkatkan amanah, patuhilah arahan dan peraturan, tingkatkan disiplin dan yang paling penting, dalam melaksanakan kerja, taatlah kepada Allah dan Rasul dan ingatlah bahawa kerja kita adalah kerana Allah. Moga mendapat berkat di dunia dan akhirat.........wallahuallam.

Selasa, 6 Januari 2009

SERANGAN ISRAEL DI GHAZA DAN PR KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Dua peristiwa yang menjadi perhatian di saat ini. Pertamanya, serangan laknat Israel ke semenanjung Gaza yang amat memilukan hati dan perasaan umat Islam seluruh dunia. Walaupun mendapat bantahan dari umat Islam seluruh dunia, malah bantahan dari bukan Islam juga termasuk di Amerika Syarikat sendiri, namun Israel tidak memperdulikan bantahan seluruh dunia yang dilahirkan menerusi demontrasi aman. Bagi kita di malaysia, rakyat malaysia telah mengadakan bantahan di kedutaan Palestin di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Khairy Jamaludin dan kita rasa sedikit berbangga kerana memberikan sumbangan bantuan PA System untuk melancarkan bantahan berkenaan. Nampaknya, umat Islam hanya dapat membantah..tapi tak dapat berbuat apa-apa kerna Amerika Syarikat sendiri menyokong Israel..........Barrack Hussein Obama juga tak dapat berbuat apa-apa.malah Pertubuhan Keselamatan PBB juga tidak dapat berbuat apa-apa. Malang sungguh nasib umat Islam! Yang dapat kita buat hanya berdemontrasi menunjukkan bantahan dan berdoa moga ada kuasa-kuasa tertentu yang menyekat Israel dari terus bermaharajalela.

Isu kedua yang jadi tumpuan ialah pilihanraya kecil Parlimen Kuala terengganu. Kita doakan supaya parti Kerajaan bukan sahaja menang, malah dengan majoriti yang lebih besar. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, perpaduan dan keselamatan pelbagai kaum di Malaysia, kita tidak mampu untuk melihat pembangkang memenangi PR Kecil ini kerna kemenangan mereka akan disusuli kemudian dengan tindakan-tindakan yang bukan sahaja akan mengancam perpaduan, keamanan, keselamatan, malahan mengancam hak dan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Marilah kita sama-sama berdoa moga Allah memberikan kemenangan kepada pemerintah demi kesejahteraan rakyat negara ini........