Pagi ni, bila teman buka Malaysia kini. com dan membelek akhbar harian, secara spontan teman tergelak kecil. Bukannya apa....teman ter.....ketawa bila mengikuti perkembangan pertentangan antara Ronnei Liu (DAP) dengan Datuk Dr. Hasan Ali (PAS) mengenai penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penghuni Islam dan tindakan Ronnie Liu mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya memulangkan arak yang telah di rampas dalam operasi mereka.
Minggu lepas, Hasan Ali beriya-iya membuat sidang akhbar mengecam tindakan Ronnie Liu dan mendesak supaya belau ditukarkan jawatan yang dipegangnya sekarang. Jawapan balas daripada DAP Selangor ialah mendesak pimpinan Pakatan di Selangor supaya menubuhkan sebuah Jawatankuasa supaya Hasan Ali dihadapkan diambil tindakan disiplin kerana keceluparannya mendesak Ronnie Liu ditukarkan jawatan exconya. DAP dan Ronnie Liu tegas dan berkeras dengan prinsip dan pendirian mereka. Tapi, minggu lepas juga, seperti tersiar dikebanyakan media, Hasan Ali berkata bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar pada isnin depan ( 10 Ogos lalu) bagi menyatakan pendiriannya dan menjawab segala perkara yang berkaitan dengan isu berkenaan.
Nampaknya, Hasan Ali tidak mengotakan apa yang di kata. Tiada sidang akhbar pada isnin seperti disebut. Cuma, pada rabu lalu, baru sidang akhbar dibuat oleh beliau. Kalau rakyat mendengar apa yang beliau nyatakan dalam sidang akhbar itu seperti yang disiarkan di berita perdana tv tempatan, Hasan Ali kelihatan tegas dengan pendiriannya menentang isu berkenaan demi menegakkan Islam dan sanggup dilucutkan jawatan exco demi mempertahankannya. Aduhh........gah betoi nampaknya Hasan Ali. Temanpun terpegun juga........tapi, dalam hati teman berbisik juga....hai, betoi ke cakap Hasan Ali ni.....ataupun cuma sandiwara sahaja...sebab nak tunjukkan pada rakyat Selangor yang beliau yang kononnya pejuang Islam tidak mendiamkan diri apabila Ugama Islam dipersenda dan diperlekeh oleh bukan Islam.
Pagi ni, bila teman buka malaysiakini dan membelek akbar, telahan teman tu rupanya benar.......sebab tu bila membaca berita pagi ni yang bertajuk , isu arak selesai, dua exco akur pada ketua,.......teman ketawa sinis.....BENARLAH HASAN ALI BERSANDIWARA......tapi bila teman menatap gambar Hasan Ali bersalaman dengan Ronnie Liu....nampak seolah-olah Hasan Ali yang lebih-lebih.......sebab, sambil bersalam, Hasan Ali pegang pula bahu Ronnei Liu....tapi, Ronnie Liu tak pula berbuat begitu.......HASAN ALI JUGA YANG LEBIH-LEBIH......sandiwara la namanya tu........sebab, Hasan Ali yang mengalah, sedangkan dalam akhbar hari ni juga tersiar berita bertajuk......."DESAKAN DAP TERHADAP HASSAN MASIH KEKAL"........iaitu desakan supaya beliau diambil tindakan disiplin masih belum ditarik balik oleh DAP Selangor.....
HEBATNYA SANDIWARA DATUK DR.HASSAN ALI............
Sah Anwar Menipu
-
Saya ingat Anwar dah berubah....rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu,
menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan
bers...
16 tahun yang lalu
5 ulasan:
politik...politik...mesti ada strategi utk menguraikan isu..drama yg dilakonkan oleh hasanali-ronie (pas/dap)ni plot biasa daa...
....sian org Melayu.Pengundi Selangor tak serik lagi ke?
Terima-kasih kerna beri ulasan.....pengundi Melayu di Selangor rasanya dah mula sedar dan terkejut dari mimpi.......
apa yang nak terperanjatnya tentang hassan ali tu kerana begitulah resamnya orang politik. dulu dia le yang melatih orang-orang umno masa dia di biro tata negara (BTN). bayangkanlah kalau dia boleh latih orang politik jadi pelakon sandiwara/drama, tentulah dia lagi hebat lakonannya dari orang umno. bagi mereka, matlamat menghalalkan cara. kita ni sahaja yang tak pandai berdrama!
Bagus...
Terima-kasih kerna sdra memberikan ulasan...tq
Catat Ulasan