Khamis, 8 Januari 2009

NEKMATNYA JADI ANAK MALAYSIA..........

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, elok juga negeri sendiri! Begitulah perumpamaan Melayu yang membawa maksud bahawa apapun nekmat yang kita perolehi di negara lain, negara sendiri jugalah yang baik untuk kita meneruskan kehidupan walaupun serba kekurangan dan kelemahan. Tetapi...........sedar atau tidak kita bahawa kalau kita lihat dengan sesungguhnya negara kita Malaysia yang tercinta ini, bolehlah kita ibaratkan bahawa hujan batu itu bukan di negara kita, tetapi di negara orang dan hujan emas itu adalah di negara kita sendiri.......Malaysia.

Lihat sajalah keadaan yang benar dan nyata di depan mata kita. Rakyat negara luar berlumba-lumba datang ke Malaysia, samada secara halal atau haram untuk bekerja dan mencari rezeki bagi memberi makan kepada anak isteri yang ditinggalkan di negara sendiri. Lihatlah.......berapa ramai rakyat Indonesia, India, Filifina, Mynmar, Pakistan dan pelbagai negara lagi yang datang secara halal seramai 2 juta orang untuk bekerja di Malaysia. Jumlah ini tidak termasuk yang datang secara gelap ke malaysia........sanggup mengharung lautan, hutan, belukar, tidak mengira nyawa yang terancam dengan hasrat semata=mata untuk mencari sesuap nasi di negara kita. Dalam keadaan seperti ini....adakah ada rakyat Malaysia yang berduyun-duyun pula secara halal dan haram memasuki negara lain kerna mencari sesuap nasi untuk hidup KECUALI kerna mendapatkan pendapatan dan peluang yang lebih baik daripada yang sedia ada baik!

NEKMATNYA JADI ANAK MALAYSIA..................selepas 51 tahun merdeka...rakyat Malaysia boleh dikategorikan sebagai RAKYAT MEWAH. Kerna apa? Lihatlah betapa mewahnya kita. Kalau ada rakyat kita yang miskin, ianya mungkin kerna hilang upaya untuk mencari rezeki, hilang tempat pergantungan seperti balu-balu yang ditinggalkan atau kematian suami, kerana penyakit dan sebagainya, tetapi bukan kerna tidak adanya peluang pendapatan disekeling mereka. Kalau ada juga yang miskin papa kedana sedangkan waktu yang sama ianya sihat, itu bukan kerna tidak ada peluang, tetapi lebih kepada sikap malas yang membelenggu diri. Kalaulah sihat dan rajin, terlalu banyak peluang pendapatan yang ada termasuk di kampung dan desa. Lihatlah.......berapa banyak tanah kosong yang tidak diusahakan, lihatlah berapa banyak kebun getah dan kelapa sawit yang tidak dikerjakan dan terpaksa diimpot pekerja dari Thailand, Indonesia dan Bangladesh bagi mengerjakannya. Ini semua membuktikan betapa mewahnya negara.........jika rajin dan berusaha.

Kegawatan ekonomi sedang mula melanda dunia. Barrack Hussein Obama, bakal Presiden Amerika mulai akhir Januari 2009 ini membuat kenyataan bahawa kedudukan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun ini adalah amat teruk. US 1 Trilion diperlukan untuk merangsangkan ekonomi USA termasuk mengurangkan cukai kepada lebih US300,000 billion. Nah............lihatlah kesannya kepada ekonomi dunia. Taiwan dijangka akan mengurangkan pekerja melebihi 300 ribu orang. USA sendiri dijangka akan membuang pekerja melebihi 500 ribu orang. Dan sedikit masa lagi, negara=negara lain di dunia juga akan terpaksa membuang pekerja bagi menghadapi sengsara akibat serangan kemelesetan ekonomi. Nah.............fikir, lihat dan bandingkan dengan keadaan dunia luar dengan keadaan di Malaysia akibat kemelesetan ekonomi ini! Belum ada cerita yang sahih berlaku pembuangan pekerja walaupun kita telah memasuki tahun 2009. Tidak ada berita mengatakan Bank-Bank akan membuang atau mengurangkan pekerja. Tidak ada langsung juga berita yang Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengurangkan atau membuangkan pekerja. Lihatlah........betapa hebatnya kepimpinan kita yang beringat sebelum papa. Menyimpan semasa kaya. menggunakan simpanan semasa miskin. Dan ini selaras dengan cerita yang di sebut dalam Al-Quran mengenai tujuh tahun zaman mewah dan tujuh tahun zaman miskin. Bijak dan hebatnya kepimpinan kita kerna menyimpan hasil kekayaan negara selepas zaman meleset tahun 1997 dan menggunakannya bagi menghadapi keadaan kemelesetan kali ini.

Bagi kita yang sedar, insaf, berakal...............maka bersyukurlah kita. Khususnya bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Pengisian jawatan baru terus dijalankan walaupun keadaan kemelesetan berlaku. Warga Perkhidmatan Awam perlulah muhasabah diri........melihat kepada diri sendiri bahawa dalam situasi gawat sekarang ini, bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Negara luar membuang pekerja, negara kita sentiasa memberikan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Lihatlah hebatnya negara kita..............justeru itu, sayangi kerja kita, tingkatkan komitmen, tingkatkan amanah, patuhilah arahan dan peraturan, tingkatkan disiplin dan yang paling penting, dalam melaksanakan kerja, taatlah kepada Allah dan Rasul dan ingatlah bahawa kerja kita adalah kerana Allah. Moga mendapat berkat di dunia dan akhirat.........wallahuallam.

2 ulasan:

zahabuan berkata...

Bagus........

ganukitedeh berkata...

Aiii...ning amanak tahun bhru ke?