Jumaat, 5 Disember 2008

NYAMANNYA KAMPUNGKU.........

Kampungku.........di situlah aku dilahirkan 50 tahun lalu. Pejam celik pejam celik, sudah 50 tahun berlalu, tetapi kampungku telah tersemat dihatiku. Kampungku......terletak dilembah. Ini kerana dipersisiran kampung terdapat jalan raya yang menjadi jalan utama masyarakat dari utara, iaitu utara Perak, negeri kedah, Pulau Pinang dan Perlis untuk ke Kuala Lumpur sebelum tahun 1967. Ini kerana sebelum tahun itu, tiada jalan lain yang menghubungkan utara ke Kuala Lumpur kecuali terpaksa melalui pinggiran kampungku. Ditepi kampung pula, mengalir air sungai yang punca airnya ialah dari Banjaran Titiwangsa dengan airnya yang jernih dan bersih seperti air mineral dan boleh terus diminum tanpa bimbang akan menyebabkan sakit perut. Airnya mengalir menerusi batu-batu kecil dan besar yang mengeluarkan bunyi yang enak didengar. Rumah pula dibina betul-betul berhampiran tepi sungai dan disitulah tempat mandi, minum dan buang........er.......buang lebihan makanan yang diproses di dalam perut kita.........he he........enaknya minum air sungai yang menjadi tempat mandi dan juga tempat buang kumbahan badan............Tapi, sebagai anak kampung, tidak pernah pula terasa geli tiap kali minum air sungai yang juga menjadi tempat buangan kumbahan.

Sejuknya air sungai di belakang rumah, sejuk hingga ke tulang. Justeru itu, kadang-kadang ingatan terhadap kampung sering menggamit diri untuk kerap pulang terutama apabila teringat masa zaman persekolahan, jam 5.30 pagi sudah terjun ke dalam air sungai untuk mandi sebelum menunggu bas jam 6.30 pagi untuk ke sekolah yang jauhnya sebelas batu dari kampung. Sesungguhnya, kampungku adalah kampung yang menarik, indah dan tiap kali teringatkannya pasti menggamit diri ini untuk pulang menjenguk kampung, walaupun ayah dan ibu telah tiada lagi.

7 ulasan:

Atahbiki berkata...

Bahagialah mereka yang masih ada kampung, hijaunya pepohon, kicauan burung yang merdu, air sungai yang jernih.....hening dan nyaman.Insan mulia yang menghargai pemberian tuhan itu. Cuma di setengah tempat, sudah ramai yang rakus dan tamak haloba. Tebang pokok, buang toksid,tambak sungai.....dengan nama pembangunan. lalu apa yang tinggal? Kerosakan bumi yang akan kiamat.

zahabuan berkata...

Bestla....boleh tulis macam-macam dalam blog.

keagen berkata...

best nye ada kg...yg kite ni...ddk bandar je...walaupon dalam ic dah tulis terang-terang..."kg" hehehe...duduk pinggir bandar.sekali sekala teringin jgk nak pegi ke tempat-tempat yang nyaman, sejuk, banyak pokok-pokok hijau..tp...hermm....belom ada chance lagi lah....babai..

keagen berkata...

eeee...bestnya ada kg....kite ni...tulis je terang-terang dalam IC.."kg". tp sebenarnye kat bandar..hahaha.....kadang-kadang nak juga merasa suasana kg..nyaman, sejuk, ada pokok-pokok hijau...anak sungai...berkelah...fuh..mesti best..tp..apa kan daya...tak ada chance lg...babai..

keagen berkata...

eeee...bestnya ada kg....kite ni...tulis je terang-terang dalam IC.."kg". tp sebenarnye kat bandar..hahaha.....kadang-kadang nak juga merasa suasana kg..nyaman, sejuk, ada pokok-pokok hijau...anak sungai...berkelah...fuh..mesti best..tp..apa kan daya...tak ada chance lg...babai..

Tanpa Nama berkata...

Keagen......sape kate tak de can nak rasa suasane kampung? Mike kan ke ade pekerjaan dan pendapatan? Apa lagi........pergi le mengunjungi mane-mane kampung yang ade tempat berkelah dihujung minggu! Tak de kampungpun, mike tak le kempunan nak nekmati suasane kampung, he he.......

Tanpa Nama berkata...

SEKARANG ...
Walau sejauh mana kita pergi , walau sehebat mana banglo tempat tinggal kita , walau senyaman mana "aircorn' kat bilik tido kita , walau seenak mana piza yang kite makan , walau seerat mana sayang rakan dan jiran kite, walau seriuh mana deruman kereta mewah kita , SEMUANYA tak sama dengan :

kampung tumpah darah kite ,
nyamannya angin di tepi sungai Perak ( teman kat tepi sungai Bernam !!! ) , makan masakan emak ( asam rebus tempoyak !! ) , keriuhan dan kerahaman org Perak ,

Adoi...rindunya teman dengan semua itu .... Rajin-rajin la balik kampung , walau jauh beribu batu , walau berjam-jam nak sampai , walau ber RM-RM ke bayo tol..akan ku jejaki jugak..