Selasa, 9 Disember 2008

JENGUK-JENGUK LE RAKAN KITA DI PUSAT MEDIA BKT ANTARABANGSA

Salam hormat rakan-rakan semua!

Teman baru aje balik dari melawat rakan-rakan kita di Pusat Media, Bukit Antarabangsa dimana insiden tanah runtuh telah meranapkan 14 buah bunglow mewah di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa. Teman angkat tabik kepada Pengarah Penerangan Selangor, Hajjah Sabtuyah Senson yang tetap gigih, bersemangat dan bertenaga (Seperti orang muda weeh......walaupun usianya lebih 53 tahun!) dalam menjalankan tugas untuk menggerakkan operasi Pusat Media, Jabatan Penerangan sempena bencana. Kegigihannya amat terserlah kerana walaupun peristiwa tanah runtuh bermula sehari sebelum hari raya haji pada sekitar 3.40 pagi sabtu 6 Disember 2008 lalu, tapi beliau terus setia bertugas di situ walaupun di waktu semua orang Islam bersama keluarga tercinta di Hari raya Haji. SYABAS HAJJAH SABTUYAH!

Sewaktu melawat mereka di Pusat Media petang tadi, teman sempat juga bertanya.......bukankah Pusat Media Bencana, selaras dengan Arahan MKN 20 patut dibuka dan diketuai oleh Ibu Pejabat Penerangan dan bukan oleh Pengarah Penerangan Selangor? Soalan teman tak di jawab oleh mereka......tapi di jawab dengan 'senyuman sinis'saja oleh petugas-petugas Jabatan Penerangan di pusat itu dengan sayup-sayup kedengaran mereka berkata........'depa sedang enak bercuti dengan keluarga masing-masing di kampung.....! Kami ni tak ada kampung.................

Bila jawapan sinis seperti itu, temanpun tak berani nak komen. Tapi percayalah.......apa yang kita, jika dengan redha dan ikhlas serta melaksanakannya bersandarkan kewajipan kita kepada Allah, InsyaAllah akan mendapat ganjaran yang baik juga dari Allah, samada di dunia maupun di akhirat. Usah kita pedulikan mereka yang sepatutnya bertugas tetapi mengelak diri dari bertugas, tetapi kita insaflah diri dan lihatlah tragidi Bukit Antarabangsa itu dengan penuh keinsafan. Mungkin, dengan bertugasnya kita, ianya amat memberi munafaat kepada kita untuk muhasabah diri dan melihat kebesaran Allah. Moga tragidi ini akan membuka hati dan minda kita dan mendekatkan diri kita kepada Allah yang mencipta kita. Daripada Allah kita diciptakan dan kepada Allah juga kita akan dikembalikan........wallahuallam!

Jumaat, 5 Disember 2008

NYAMANNYA KAMPUNGKU.........

Kampungku.........di situlah aku dilahirkan 50 tahun lalu. Pejam celik pejam celik, sudah 50 tahun berlalu, tetapi kampungku telah tersemat dihatiku. Kampungku......terletak dilembah. Ini kerana dipersisiran kampung terdapat jalan raya yang menjadi jalan utama masyarakat dari utara, iaitu utara Perak, negeri kedah, Pulau Pinang dan Perlis untuk ke Kuala Lumpur sebelum tahun 1967. Ini kerana sebelum tahun itu, tiada jalan lain yang menghubungkan utara ke Kuala Lumpur kecuali terpaksa melalui pinggiran kampungku. Ditepi kampung pula, mengalir air sungai yang punca airnya ialah dari Banjaran Titiwangsa dengan airnya yang jernih dan bersih seperti air mineral dan boleh terus diminum tanpa bimbang akan menyebabkan sakit perut. Airnya mengalir menerusi batu-batu kecil dan besar yang mengeluarkan bunyi yang enak didengar. Rumah pula dibina betul-betul berhampiran tepi sungai dan disitulah tempat mandi, minum dan buang........er.......buang lebihan makanan yang diproses di dalam perut kita.........he he........enaknya minum air sungai yang menjadi tempat mandi dan juga tempat buang kumbahan badan............Tapi, sebagai anak kampung, tidak pernah pula terasa geli tiap kali minum air sungai yang juga menjadi tempat buangan kumbahan.

Sejuknya air sungai di belakang rumah, sejuk hingga ke tulang. Justeru itu, kadang-kadang ingatan terhadap kampung sering menggamit diri untuk kerap pulang terutama apabila teringat masa zaman persekolahan, jam 5.30 pagi sudah terjun ke dalam air sungai untuk mandi sebelum menunggu bas jam 6.30 pagi untuk ke sekolah yang jauhnya sebelas batu dari kampung. Sesungguhnya, kampungku adalah kampung yang menarik, indah dan tiap kali teringatkannya pasti menggamit diri ini untuk pulang menjenguk kampung, walaupun ayah dan ibu telah tiada lagi.
Salam hormat dan salam sejahtera,

Selamat bertemu diblog Zahanudin. Maaf la pada para pembaca sekelian.....teman ni baru belajo buat blog. Banyak benda yang teman tak reti. Kadang-kadang, taip ejaanpun salah.....bukaa apa....cuma mata teman dah berpuluh tahun rabun..makin dewasa ni (makin tue, he he.......), makin tak nampak pulak. Jadinya, ingatkan taip huruf yang dikehendaki, tapi rupa-rupanya tertaip huruf yang lain.
Jadinya, blog teman ni baru, nasib baiklah ada teman-teman yang pakar untuk tunjuka jar teman. Kalau tidak, entah apa jadinya blog teman ni. Oleh itu, kalau kalaulah tulisan dalam blog teman ni tersasul sedikit, rakan-rakan dan pembaca tolong-tolonglah tegur teman.
Kepada rakan dan teman yang membantu teman untuk buat blog ni, teman ucapkan terima-kasih. Moga Allah jua yang akan membalasnya. Tapi, kalau rakan-rakan nak juga teman balas, bolehlah cari teman. Kita pergi Kuala Lumpur, jumpa di Tangling.........he he........